INFO: Berjinak-jinak dengan Jual Beli dan Simpan Emas

Saya pun baru sekarang terasa nak tau macam mana jual beli emas ni sebenarnya. Bukan apa, selain dari ASB dan Tabung Haji saya nak juga apa lagi jenis simpanan yang berfaedah untuk masa depan. Sebab itulah saya mula mencari informasi berkenaan dengan jual beli dan simpan emas.

Jadi ada beberapa perkara yang saya ingin tahu dan ingin kongsikan bersama tentang apa yang patut kita tahu contohnya hukum-hakam jual beli dan menyimpan emas;

  1. Hukum jual beli emas dalam Islam (Akad Jual Beli) – Untuk perkara ini, saya membuat rujukan e-fatwa tentang hukum jual beli emas dalam Islam. Dari pembacaan saya di dalam Internet dan di forum-forum tentang jual belj emas, mereka ada menyebut tentang akad semasa membeli adalah penting.Untuk informasi hukum jual beli emas, boleh baca di e-fatwa.gov.my.
  2. Zakat emas (Emas simpan/Emas pakai) – Zakat emas terbahagi kepada 2 jenis, satu adalah untuk emas yang disimpan dan lagi satu emas yang dipakai. Untuk pengiraan zakat emas, boleh rujuk cara pegiraan di zakat.com.my
  3. Beli emas dengan bajet RM200 – Ini adalah point yang paling menarik, sebab kita nak mulakan sesuatu, mestilah kena ada bajet. Bajet saya adalah dalam RM200 kebawah. Sekian.

Setelah saya yakin dengan apa yang saya baca dan fahamkan dengan bertanya pada keluarga dan rakan-rakan, barulah saya mengambil keputusan untuk membeli emas. Tapi, dengan bajet RM200. Walaupun bajet kecil, tapi saya tetap juga kena ambil kira untuk beberapa faktor akan emas yang hendak saya beli itu. Contohnya; (1) Ketulenan emas – 999 atau 995, (2) Susut nilai emas di pasaran dan (3) Susah/Senang untuk jual balik.

Dan Alhamdulillah, pada minggu lepas saya telah pun membuat pembelian emas pertama saya dengan Public Gold. Ini pun setelah membuat pembacaan dan perbezaan dengan fakta-fakta emas yang ada.

Kepada mereka yang ingin juga beralih minat dengan emas, saya cadangkan untuk membuat pembacaan yang perlu dahulu. Salah satu rujukan saya adalah laman sesawang mohdzulkifli.com.