INFO: Masukkan Duit Dari Maybank2u ke Simpanan ASB

Cara untuk masukkan duit dari maybank2u ke simpanan ASB dengan mudah. Syaratnya, anda mestilah mempunyai akaun maybank2u, simpanan ASB dan Internet. Takde Internet, tak jalan bang. Tapi, anda perlu mendaftarkan akaun ASB anda pada Maybank2U dahulu sebelum boleh membuat penambahan duit pada akaun ASB anda. Jadi, proses pengesahan ini mengambil masa dalam 1-2 hari.

Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah;

  1. Log masuk ke akaun maybank2u anda.
  2. Klik pada bahagian Invesment.
  3. Klik pada bahagian ASNB Unit Trust, untuk mendaftar akaun ASB anda bagi yang pertama kali ingin melakukan transaksi ini.
  4. Anda diminta untuk mendaftarkan akaun simpanan ASB anda dahulu. Jadi, sila klik pada butang Add.
  5. Sila pilih Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebagai Product Name, pilih AS1M jika anda pemegang akaun simpanan Amanah Saham 1Malaysia.
  6. Kemudian, anda diminta membaca, memahami dan bersetuju dengan T&Cs. Antara yang perlu anda tahu, perkhidmatan ini tertakluk kepada 6% GST (Service Charge RM1 + dan GST RM0.06). Jika anda bersetuju, tick pada checkbox di bawah dan klik Continue.

  7. Masukkan nombor akaun anda dan apa yang diminta. Klik Continue.
  8. Anda akan diminta untuk memasukkan TAC.
  9. Selepas selesai memasukkan TAC, permohonan anda akan diproses, dan mengambil masa dalam 1-2 hari untuk pengesahan.


    Bila akaun anda telah disahkan, anda akan nampak status Active seperti dibawah ini
  10. Klik pada ASNB Payment untuk membuat penambahan duit pada akaun ASB anda. Dan pilih akaun yang telah didaftarkan.
  11. Kemudian, anda perlu masukkan jumlah yang anda inginkan, klik Continue, request TAC, dan teruskan proses macam biasa dan tahniah, anda telah pun berjaya membuat transaksi untuk memasukkan duit ke dalam ASB anda