BLOG: Pos to Malaysia, EMS “Retention”

Ha! Mesti cuak kan bila package atau parcel korang sangkut dengan status “Retention”? Alamakk! Sangkut!!!

Takpe, bukan korang sorang je yang cuak, abam pun cuak juga sebenarnya. Ingatkan tak lepas Kastam. Tapi, bila cari-cari kat Google, Retention tu maknanya tiada orang nak sign parcel/terima package tu ataupun korang tiada kat rumah masa abam posmen hantar parcel tu.

Itu pun lega sebab abam terjumpa thread pasal EMS Retention kat forum lowyat.net (https://forum.lowyat.net/topic/2827837/all)

EMS JP to MALAYSIA

Ini status pos yang korang nampak dari website japanpost.jp (http://www.post.japanpost.jp/int/ems/index_en.html)

Jadi, bila korang tiada kat rumah masa abam posmen tu nak datang beraya, abam posmen tu tinggalkan surat cinta kepada korang untuk pickup kat mana, ataupun korang boleh call Customer Service Pos Malaysia (1 300 300 300).

Pos Malaysia

Guna tracking number yang sama kat japanpost.jp tadi untuk track kat pos Malaysia (http://www.pos.com.my)