GAMBAR: Digimon Data LINK Digivice (US Version)

Virtual Pet: Data Link Digivice

Version: Ikuto’s Digivice iC

Ulasan: 

Digivice Data Link menggabungkan sistem v-pet dan cara permainan quest-based. Permainan quest-based agak menarik, cuma korang memang tak dapat nak jangka bila Mission alert akan masuk. Walaupun ada fungsi v-pet, korang tak perlu risau kalau Digimon korang tak terjaga dan takut asyik terlepas dengan Mission alert untuk permainan quest-based, sebab Data Link ada fungsi PAUSE. Jadi tak perlu risau kalau tiba-tiba terlupa nak bagi makan kat Digimon korang atau terlupa nak bawa ke mana-mana.

Info tambahan, korang jangan terkonfius Digivice Data Link dengan Digivice IC/Burst. Kedua-dua Digivice dari siri Digimon Saver ni memang nampak sama.

Digivice Data Link adalah Digivice Versi US dan Digivice IC/Burst  adalah Digivice versi Japan. Jadi, jangan tanya kenapa Digivice korang tak boleh connect untuk battle kalau satu Versi US dan satu Versi Japan.

Ini sebabnya, Versi US connection menggunakan IR dan untuk Versi Japan guna besi 3 prog. Untuk pengetahuan korang juga, Digivice Data Link (Versi US) tak boleh connect dengan DigiWindow.

 

Bahan Bacaan: 

FileIsland: Data Link Digivice

Digivice iC – Wikimon – The #1 Digimon wiki