GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART1

Ada yang kaki mining yang baru nak start macam saya? Masih kategori ikan bilis yang tak tau apa-apa pun pasal mining? Takpe, lantak la orang lain nak cakap apa pasal mining nih, janji duit korang yang habis. Bukan duit orang lain. Saya bukan la terer sangat pasal mining ni. Tapi, saya akan try share serba sedikit macam mana korang nak mining. Ini pun hasil dari dig around kat Internet plus pemahaman sendiri. Kalau ada salah silap, tolong la komen yer.

Fokus: Mining Ethereum guna Claymore di Nanopool

Currency: Ethereum

Software: Claymore

Pool: eth.nanopool.org

Bonus: Kita cuba remove DevFee

Yang penting;

  • Pastikan korang dah ada rig sendiri atau baru ada minat.
  • Pastikan GPU compatible untuk mining Ethereum (paling minimum GPU 4gb, contoh GTX1050ti )
  • Pastikan korang tahu guna ubuntu, recommend guna Ubuntu Desktop 16.04. Kalau nak server 16.04 pun boleh.
  • Pastikan korang tahu nak install drive untuk GPU masing-masing.
  • Pastikan tahu guna Terminal/command line. Kalau tak tahu, boleh Google, Bing, Yahoo Search …
  • Pastikan korang ada Wallet Ethereum – Kalau tak pasti nak guna mana satu, boleh guna Luno

KENAPA minimum GPU 4GB? Ini sebab ada kena mengena dengan saiz DAG file yang dimana saya pun tak tahu amende DAG tu. Yang penting DAG akan “disimpan” terus ke Memory GPU korang. Jadi kalau saiz DAG tak muat kat GPU korang, maka dengan itu, sila upgrade GPU. Korang boleh baca lebih lanjut dan tengok saiz DAG file dari masa ke semasa di link bawah ni;

Semasa post ini dikarang, saiz DAG adalah 2.22GB – 7 Dis 2017

DAG size calculator | Investoon

Download Ubuntu? Klik link bawah ni;

*Macam mana nak install? Korang boleh buat bootable usb atau pun cd. Good luck! untuk Windows user, korang boleh guna mana-mana application yang ada di Internet untuk buat bootable usb. Untuk Mac/Linux user, jangan malas untuk DD.

 

Sudah berjaya install Ubuntu? TAHNIAH! buka Terminal korang. Dan pastikan tiap kali buka Terminal, taip “sudo su -“. Senang, tak payah nak taip password tiap kali download/install something. Sebelum kita teruskan pastikan korang update dahulu Ubuntu korang.

sudo su –

apt-get update

apt-get upgrade -y

Done? OK NEXT!


Download Cuda? sila-sila;

CUDA Toolkit Download

*Pastikan korang pilih .deb version yang betul masa download. Kalau korang perasan, ada command cara untuk extract dan install Cuda.

Cara untuk install dan setting CUDA kalau ada masalah? Boleh baca sini;

 

Ok, pastikan korang berjaya setting Ubuntu dan Cuda korang dahulu sebelum ke steps seterusnya. Macam mana nak tahu korang punya setting ok ke tak, cuba taip “nvidia-smi” kat terminal ubuntu. Kalau detect GPU korang, maknanya ok la tu.


Next step? Korang boleh la download Claymore. Pilih version mana? amek la paling latest. Claymore ni kira sotfware untuk korang mining nanti. Korang pernah guna Nicehash? Ha, Claymore ni macam Nicehash la, cuma tak friendly macam Nicehash la siap user interface dan auto convert ke BTC. Claymore ikutkan lebih kepada command line.

Download Claymore? Ni link dia;

Buka Terminal korang dan run command line di bawah;

wget https://github.com/nanopool/Claymore-Dual-Miner/releases/download/v10.0/Claymore.s.Dual.Ethereum.Decred_Siacoin_Lbry_Pascal.AMD.NVIDIA.GPU.Miner.v10.0.-.LINUX.tar.gz

Kemudian, extract file yang korang download tadi. Contoh, katakan file yang korang download tadi ada kat dalam folder Download;

tar xf /home/user/Download/Claymore.s.Dual.Ethereum.Decred_Siacoin_Lbry_Pascal.AMD.NVIDIA.GPU.Miner.v10.0.-.LINUX.tar.gz

 

JOM BACA PART 2

GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART2

 

Belanja laa saya secawan nescafe ais mamak 🙂

ETH: 0xDFd7847faDFcD8de435153605eB37986130a67c2

BTC: 1D7tTzLGB1mAavSJQA6Z3iHKts2qpdNuan