GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART2

Yang mana terlepas PART 1 untuk Tutorial paling noob saya ni, korang boleh pergi ke link ini;

GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART1

Dah ada yang berjaya run command Claymore tak? Kepada mereka yang dah berjaya, TAHNIAH. Yang belum takpa, don’t worry. Camner nak run command Claymore tu? Sabar, ada beberapa part yang kita nak edit dulu.

Ok, gambar bawah ni adalah file Claymore v10.0 yang saya download. Belom extract lagi. Ada di dalam direktori /home/user/Desktop/claymore02/

Untuk extract, taip:

tar xf Claymore.s.Dual.Ethereum.Decred_Siacoin_Lbry_Pascal.AMD.NVIDIA.GPU.Miner.v10.0.-.LINUX.tar.gz

Dan korang akan nampak banyak file dalam folder tu. Macam gambar bawah ni

Seperti yang korang sedia maklum, Claymore mampu untuk mining 2 jenis cryptocurrency dalam satu masa. Cuma untuk guide ini kita fokus kepada Ethereum sahaja. Jadi file yang perlu kita edit adalah file epools.txt.

Double klik pada file tersebut atau taip “nano epools.txt” untu mula edit file tersebut dan korang akan nampak seperti di bawah;

Haa, korang nampak tak “YOUR_WALLET/YOUR_WORKER/YOUR_EMAIL“? Tu tak setting lagi tu. Jadi apa yang korang perlu buat, tukarkan;

  • YOUR_WALLET dengan Wallet ETH – Boleh guna wallet Luno kalau ada.
  • YOUR_WORKER dengan apa-apa saja nama, janji korang boleh kenal machine korang.
  • YOUR_EMAIL dengan email aktif korang – nanopool akan hantar email notification jika machine korang offline

Jangan lupa untuk SAVE file tersebut, tekan Ctrl+X, Y, ENTER


OK, done edit file, rasanya sudah boleh start untuk mining. Buka Terminal korang dan pastikan korang berada di lokasi file Claymore untuk mula mine.

Contoh folder Claymore saya ada di Desktop. Taip;

cd /home/user/Desktop/Claymore

 

Bila korang dah berada di lokasi yang betul, taip command bawah ni untuk mula mining

./ethdcrminer64 -mode 1

 

TAHNIAH! Korang dah start mining Ethereum di nanopool dengan menggunakan Claymore. Korang akan nampak screen macam di bawah (gambar bawah ni sebenarnya log je);

Korang biarkan lama sikit untuk tengok sama ada SHARE atau tidak. Contoh korang succes macam bawah nih.


OKCUN! Korang biarkan machine korang run for few minit. Dalam 1-2 minit dan pastikan ada share tau. Korang open website nanopool.org

https://eth.nanopool.org

Ada nampak Search box tak? Ada kan? Kat atas belah kanan. OK, copy address wallet korang, kemudian paste kat Search box tu dan Search! Korang akan nampak Dashboard untuk wallet korang! jeng jeng jeng! So daripada situ, korang boleh monitor la korang punya wallet.

 

OK, nantikan Part seterusnya, saya akan edit semula guide ini dari masa ke semasa untuk penambahbaikan.

 

Belanja laa saya secawan nescafe ais mamak 🙂

ETH: 0xDFd7847faDFcD8de435153605eB37986130a67c2

BTC: 1D7tTzLGB1mAavSJQA6Z3iHKts2qpdNuan