Category Archives: BLOG

Blog – Hanyalah tempat untuk pengarang mengarut semata-mata dan tiada kena-mengena dengan apa dan siapa.

GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART1

Ada yang kaki mining yang baru nak start macam saya? Masih kategori ikan bilis yang tak tau apa-apa pun pasal mining? Takpe, lantak la orang lain nak cakap apa pasal mining nih, janji duit korang yang habis. Bukan duit orang lain. Saya bukan la terer sangat pasal mining ni. Tapi, saya akan try share serba sedikit macam mana korang nak mining. Ini pun hasil dari dig around kat Internet plus pemahaman sendiri. Kalau ada salah silap, tolong la komen yer.

Fokus: Mining Ethereum guna Claymore di Nanopool

Currency: Ethereum

Software: Claymore

Pool: eth.nanopool.org

Bonus: Kita cuba remove DevFee *belum rajin lagi nak buat tutorial

Yang penting;

  • Pastikan korang dah ada rig sendiri atau baru ada minat dan semangat untuk ingin belajar.
  • Pastikan GPU compatible untuk mining Ethereum (paling minimum pada ketika ini GPU 4gb, contoh GTX1050ti)
  • Pastikan korang tahu guna ubuntu, recommend guna Ubuntu Desktop 16.04. Kalau nak server 16.04 pun boleh.
  • Pastikan korang tahu nak install drive untuk GPU masing-masing.
  • Pastikan tahu guna Terminal/command line. Kalau tak tahu, boleh Google, Bing, Yahoo Search …
  • Pastikan korang ada Wallet Ethereum – Kalau tak pasti nak guna mana satu, boleh guna Luno

KENAPA minimum GPU 4GB? Ini sebab ada kena mengena dengan saiz DAG file yang dimana saya pun tak tahu amende DAG tu. Yang penting DAG akan “disimpan” terus ke Memory GPU korang. Jadi kalau saiz DAG tak muat kat GPU korang, maka dengan itu, sila upgrade GPU. Korang boleh baca lebih lanjut dan tengok saiz DAG file dari masa ke semasa di link bawah ni;

Semasa post ini dikarang, saiz DAG adalah 2.22GB – 7 Dis 2017

DAG size calculator | Investoon

Continue reading GUIDE: Claymore’s Dual GPU Miner PART1