Category Archives: BLOG

Blog – Hanyalah tempat untuk pengarang mengarut semata-mata dan tiada kena-mengena dengan apa dan siapa.

BLOG: Pos to Malaysia, EMS “Retention”

Ha! Mesti cuak kan bila package atau parcel korang sangkut dengan status “Retention”? Alamakk! Sangkut!!!

Takpe, bukan korang sorang je yang cuak, abam pun cuak juga sebenarnya. Ingatkan tak lepas Kastam. Tapi, bila cari-cari kat Google, Retention tu maknanya tiada orang nak sign parcel/terima package tu ataupun korang tiada kat rumah masa abam posmen hantar parcel tu.

Itu pun lega sebab abam terjumpa thread pasal EMS Retention kat forum lowyat.net (https://forum.lowyat.net/topic/2827837/all)

EMS JP to MALAYSIA
Ini status pos yang korang nampak dari website japanpost.jp (http://www.post.japanpost.jp/int/ems/index_en.html)

Jadi, bila korang tiada kat rumah masa abam posmen tu nak datang beraya, abam posmen tu tinggalkan surat cinta kepada korang untuk pickup kat mana, ataupun korang boleh call Customer Service Pos Malaysia (1 300 300 300).

Pos Malaysia
Guna tracking number yang sama kat japanpost.jp tadi untuk track kat pos Malaysia (http://www.pos.com.my)

 

BLOG: Hobi Peminat Digimon Yang Sorang Ni Lain Macam!

Bukan nak cakap apa, tapi orang Jepun yang sorang ni, hebat sangat hobinya. Dalam banyak-banyak peminat digimon, yang ni la lain daripada yang lain.

Pakcik tak tau la apa yang dia fikir sambil bela kura-kura dia. Mungkin kalau kau teror cakap bahasa Jepun, boleh la sembang-sembang dengan dia pasal Digimon. Dapatkan sikit ilmu macam mana nak baca diagram electronic and coding dia. Pergh! mesti seronok!

Baca lanjut:

電子工作 – 詳細表示 – デジモンと電子工作とアクアリウム – Yahoo!ブログ