Category Archives: KOLEKSI

Koleksi – Gambar-gambar koleksi untuk dikongsikan bersama

GAMBAR: Digimon Battler Agumon Bandai Japan 1999 (BOX)

Ok, yang ini lain sikit dari virtual pet yang pernah ada. Sebab korang jangan expect nak kenal bela pula digimon ni. Digimon Battler Agumon lebih kepada sebagai “punching bag” saja. Tapi punching bag yang cute la sebab ada bunyi agumon sebut “baby flame!” bila battle.

Compatibility, setakat ini, pakcik try dengan VPET 1999 dan D-2 15th boleh. Tapi dengan D-3 15th tak boleh. Nantikan Agumon ni “baby flame!” sorang-sorang. Masa pakcik keluarkan dari kotak, lupa pulak nak snap gambar. Nanti ada masa, pakcik letak gambar Agumon tu ya 🙂

Continue reading GAMBAR: Digimon Battler Agumon Bandai Japan 1999 (BOX)

GAMBAR: Digimon Data LINK Digivice (US Version)

Virtual Pet: Data Link Digivice

Version: Ikuto’s Digivice iC

Ulasan: 

Digivice Data Link menggabungkan sistem v-pet dan cara permainan quest-based. Permainan quest-based agak menarik, cuma korang memang tak dapat nak jangka bila Mission alert akan masuk. Walaupun ada fungsi v-pet, korang tak perlu risau kalau Digimon korang tak terjaga dan takut asyik terlepas dengan Mission alert untuk permainan quest-based, sebab Data Link ada fungsi PAUSE. Jadi tak perlu risau kalau tiba-tiba terlupa nak bagi makan kat Digimon korang atau terlupa nak bawa ke mana-mana.

Info tambahan, korang jangan terkonfius Digivice Data Link dengan Digivice IC/Burst. Kedua-dua Digivice dari siri Digimon Saver ni memang nampak sama.

Digivice Data Link adalah Digivice Versi US dan Digivice IC/Burst  adalah Digivice versi Japan. Jadi, jangan tanya kenapa Digivice korang tak boleh connect untuk battle kalau satu Versi US dan satu Versi Japan.

Ini sebabnya, Versi US connection menggunakan IR dan untuk Versi Japan guna besi 3 prog. Untuk pengetahuan korang juga, Digivice Data Link (Versi US) tak boleh connect dengan DigiWindow.

Continue reading GAMBAR: Digimon Data LINK Digivice (US Version)

GAMBAR: D-Arc (ディーアーク Dīāku), Ver.1.0

Virtual Pet: D-Arc (ディーアーク Dīāku)

Version: Version 1.0

Ulasan:

Gameplay D-Ark/D-Arc ni sama macam siri Digivice sebelumnya, Pedometer Digivice. Goncang-goncang untuk selesaikan map yang ada. Apa yang menariknya, tiap kali battle, korang boleh guna card untuk power up digimon korang masa battle. Boleh refer Option and Battle Codes untuk tau mana preferable item korang.

Part lagi satu yang bestnyer, D-Ark boleh link dengan Wonderswan. Tapi … saya sendiri belum berpeluang untuk test function ni.

Continue reading GAMBAR: D-Arc (ディーアーク Dīāku), Ver.1.0